Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 November 2011

Siapa punya kondom di kawasan rekreasi?



LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan wartawan mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.

Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.

“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.

“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.

Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular