Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 November 2011

Kemaluan Mira dirodok dengan botol pewangi




MARANG - “Saya diseksa hampir setengah jam oleh lima rakan sebilik. Mereka bukan saja tidak mengendahkan rayuan saya, tetapi berterusan melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun saya merayu minta dilepaskan,” kata remaja hanya mahu dikenali sebagai Mira, 14, dari Klang, Selangor, yang mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan buli di sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Mira yang juga anak kedua daripada tiga beradik mengalami detik hitam apabila mendakwa alat sulitnya dirodok dengan botol pewangi badan dan jari oleh lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit yang tidak puas hati terhadapnya.

“Kejadian itu menyebabkan saya tertekan terutama mengenangkan masa depan sedangkan saya dihantar ibu ke sini untuk berubah,” katanya yang baru dua bulan memasuki sekolah itu.

Mira mendakwa berjumpa pelajar terbabit dalam bilik mandi jam 3 petang apabila mereka secara sukarela mahu membantunya mencuci rambut yang dijangkiti kutu, tetapi ketika membantunya seorang pelajar 17 tahun meraba belakang badannya menyebabkan dia kurang selesa lalu memarahinya dan segera mandi sebelum balik ke bilik asrama.

“Ketika saya bersiap untuk keluar menghadiri satu program, berlaku pertengkaran mulut dan dia menolak saya ke almari, tetapi saya melawan. “Dia memanggil empat lagi rakannya yang turut berada dalam bilik air sebelum ini iaitu dua berusia 14 tahun memegang tangan dan kaki manakala yang berusia 16 tahun menutup mulut dan mata dengan selimut sebelum dia naik ke atas badan saya.

“Seorang daripada mereka memasukkan botol pewangi ke dalam alat sulit saya diikuti jarinya hampir 20 minit. Mereka memperlakukan saya seperti binatang,” katanya sedih ketika ditemui di sebuah kedai di Marang, semalam.

Bagaimanapun, katanya, lima pelajar terbabit menghentikan perbuatan mereka apabila pintu bilik berkenaan diketuk seorang pelajar lain jam 4.20 petang sebelum Mira bergegas keluar.

Dia bercadang mendiamkan kejadian itu, tetapi seorang senior berusia 17 tahun yang juga rakan baiknya mengetahui perkara itu sebelum diketahui warden asrama.

Pihak sekolah membawanya ke hospital sebelum dibenarkan keluar jam 6.30 petang Sabtu lalu dan dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang baru tiba dari Klang, Selangor.

Mira mendakwa pernah beberapa kali dibuli lima pelajar terbabit apabila dia bukan saja dipaksa mencuci tandas dan pakaian, tetapi turut ditendang selain kehilangan beberapa barang keperluan hariannya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nur, 30-an, menerima panggilan daripada polis jam 2.15 pagi Jumaat lalu, memaklumkan Mira dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana menjadi mangsa buli sedangkan pihak sekolah tidak menghubunginya.

“Ibu mana yang tidak sakit hatinya melihat anak diperlakukan sebegini rupa sedangkan tujuan saya menghantarnya untuk mengubah dan mendisplinkannya, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang juga pekerja di sebuah kilang di Kapar, Klang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular