Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 November 2011

'Ustaz' Muhamad dihukum penjara dan 5 sebatan

Tebal

SINGAPURA - SEORANG lelaki yang dikenali masyarakat Melayu/Islam dan asatizah di sini sebagai 'Ustaz' Muhamad telah dijatuhi hukuman penjara lima setengah tahun dan lima sebatan setelah didapati bersalah atas dua tuduhan - bersubahat mengimport dan menghisap ganja.

Di Mahkamah Rendah semalam, Hakim Daerah, Encik Roy Neighbour, mengarahkan Muhamad Mohamad Ishak - seorang ahli perniagaan dalam bidang logistik - dipenjara lima setengah tahun dan disebat lima kali bagi kesalahan pertama, bersubahat mengimport ganja seberat 5.64 gram pada 30 Jun 2003.

Bagi kesalahan kedua pula, iaitu menghisap ganja pada atau sekitar 1 Julai 2003, Encik Neighbour mengarahkan Muhamad, 44 tahun, dipenjara selama setahun.

Bagaimanapun hukuman bagi kesalahan kedua berjalan serentak.

Muhamad, yang punya dua isteri dan lima anak, tampil dengan tangan bergari, mengenakan kemeja-T putih serta seluar panjang coklat dan kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan ke atasnya.

Ramai ahli keluarganya hadir semalam.

Mantan Setiausaha Kehormat Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) itu telah didapati bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut pada 6 Mei 2004 - selepas perbicaraan 20 hari.

Dia bagaimanapun tidak hadir di mahkamah bagi menerima hukuman pada 12 Mei 2004 dan bertindak melarikan diri ke negara jiran - mulanya ke Indonesia sebelum kekal di Kuala Lumpur.

Persembunyiannya selama tujuh tahun berakhir apabila dia diberkas oleh pegawai polis Malaysia pada 17 Ogos lalu.

Dia dihadapkan semula di mahkamah di sini keesokan harinya dan sejak itu telah direman di Kompleks Penjara Changi.

Muhamad pertama kali diberkas para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 1 Julai 2003.

Ketika itu, dia dan rakannya, Hamli Mohd Salleh, berada dalam bilik berasingan di Hotel Strand di Bencoolen Street, dengan masing-masing ditemani wanita warga Uzbekistan.

Hamli, 45 tahun, bagaimanapun telah mengaku salah semasa dihadapkan ke mahkamah pada Disember 2003 dan dikenakan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan memiliki dan menghisap ganja.

Semalam, peguam bela Muhamad, Encik Sashi Nathan, mengharapkan Encik Neighbour mengenakan hukuman paling minimum ke atas anak guamnya itu memandangkan 'dia telah benar-benar menyesal' dan 'telah berubah'.

Menurutnya, tindakan Muhamad melarikan diri ke negara jiran adalah disebabkan 'rasa takut'.

'Ia satu pertimbangan yang buruk dan menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarga dan ibu bapanya dan ini memberinya tekanan hebat,' kata Encik Nathan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular