Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 November 2011

Ogy saman Johan ' Raja Lawak'



KUALA LUMPUR - Isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini menjadi bualan dikalangan artis dan peminat di Malaysia.

Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah media kemarin, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Johan yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular