Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 November 2011

Siti Aisyah hampir maut tercekik siput sedut



ALOR GAJAH - Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.

Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.

“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.

“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular