Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 November 2011

Gara-gara ubat batuk, doktor digantung kerja 3 bulan



SINGAPURA - SEORANG doktor digantung perkhidmatannya selama tiga bulan setelah beliau didapati bersalah memberikan ubat batuk secara tidak sah.

Doktor yang berusia 54 tahun, dari Excelsior Clinic and Surgery di Bukit Batok East Avenue 3 didapati salah memberi ubat batuk mengandungi bahan-bahan benzodiazepine dan codeine.

Bahan-bahan itu boleh menyebabkan ketagihan dalam jangka masa panjang.

Atas kesalahan itu, Majlis Perubatan Singapura mengenakan denda $5,000.

Selain dari itu beliau juga menghadapi 16 tuduhan salah laku profesional dan telah pun mengaku bersalah atas kesemuanya.

Sebuah jawatankuasa disiplin menimbangkan tempoh rawatan menggunakan ubat itu dan berapa banyak yang telah diberikannya kepada pesakit.

Jawatankuasa itu mendapati kesalahannya itu ketara.

Jawatankuasa tersebut juga menarik perhatian bahawa pesakit-pesakit doktor itu mungkin telah menghadapi ketagihan benzodiazepine, yang boleh mendorong rasa ngantuk, dan perubatan narkotik yang mengandungi codeine, tanpa pengurusan perubatan yang betul.

Khidmat Dr Tan digantung selama tiga bulan bermula 11 November lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular