Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 November 2011

Malaysia, Indonesia rangka undang-undang baru




KLUANG - Malaysia dan Indonesia dijangka bakal menggunakan undang-undang atau garis panduan baru bagi mengawal kawasan perairan maritim daripada dicerobohi nelayan di kedua negara mulai Januari depan.

Melalui undang-undang baru tersebut, ia secara tidak langsung menamatkan kemelut berpanjangan antara kedua negara yang sebelum ini sering mencetuskan pertikaian dan ketidakpuasan hati terutama di kalangan rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ketika ini, pegawai kementerian dan agensi berkaitan kedua-dua negara sedang merangka undang-undang tersebut.

Menurutnya, ia akan disusuli dengan pertemuan rasmi bersama rakan sejawatnya daripada Indonesia iaitu Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Sharif Cicip Sutardjo bulan hadapan bagi penyelarasan undang-undang tersebut.

“Ketetapan untuk menggunakan undang-undang serta garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baru ini adalah hasil pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada perundingan tahunan di Lombok Oktober lalu serta di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bali, dua minggu lalu.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa nelayan kedua-dua negara tidak akan dilayan seperti penjenayah mahupun dipenjara seperti keadaan sebelum ini menerusi undang-undang sedia ada, dengan syarat mereka disah­kan sebagai nelayan sah di negara masing-masing,” katanya kepada media selepas Majlis Penutupan Agro dan Makanan negeri Johor 2011 yang diadakan di tapak Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular