Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 30 November 2011

Buku Seks Ialam haram: Kelab Taat Suami Kesal



PASIR PUTEH - Kelab Taat Suami (KTS) melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila tidak bersemuka dengan mereka terlebih dahulu sebelum mengharamkan buku panduan seks terbitan mereka.

Ahli Jawatankuasa KTS Zon Timur, Fatimah Talib berkata, buku yang berjudul ‘Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia’ itu diterbitkan khas untuk ahli-ahli KTS yang sudah berumah tangga dan ia jelas tertulis di muka depan buku tersebut.

“Apa yang kami lakukan ini tidak berniat serong selain daripada membantu sesama umat Islam dalam melayari kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT.

“Melihat kepada kes keruntuhan akhlak, pembuangan bayi, penceraian yang semakin meningkat mendorong kami untuk menerbitkan buku ini dengan niat membantu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di Gong Kulim, di sini semalam.

Fatimah berkata, semasa buku tersebut diharamkan kepada orang ramai pada awal November lalu, pihak Jakim tidak pernah bersemuka ataupun datang berjumpa dengan KTS untuk menyelidik mahupun bertanya pada mereka tentang isu kandungan buku itu.

Beliau berkata, ia cukup mengecewakan apabila niat ikhlas tersebut disalah ertikan sehingga ia diharamkan sama sekali.

Sebelum itu, pada 2 November lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku panduan seks terbitan KTS, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian berkata, sesiapa yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian menjelaskan buku itu diharamkan disebabkan dua sebab, iaitu pertama, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.

Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan.

Sebab kedua kandungan buku itu ditulis Pengasas KTS, Hatijah Aam, bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jakim.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular