Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 November 2011

'Pastikan warisan Geylang Serai tidak luput dari ingatan'

Dr Yaacob Ibrahim mendengar keterangan daripada Pengarah Program Projek Memori Singapura (SMP), Cik Gene Tan, mengenai foto-foto lama yang disumbang rakyat Singapura. Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian itu semalam melancarkan arkib gambar.



SINGAPURA - TIDAK seperti yang sering dipaparkan, Geylang Serai dahulu bukan perkampungan Melayu yang berselerak, sebaliknya kawasan subbandar yang teratur, lengkap dengan rumah dan rangkaian jalan raya yang tersusun.

Malah kawasan yang masih menjadi tumpuan masyarakat Melayu itu juga suatu ketika dahulu kaya dengan seni bina rumah-rumah Melayu serta rancak dengan suasana perdagangan dan kehidupan berwarna-warni.

Bagi memastikan warisan kawasan Geylang Serai tidak luput daripada ingatan, ahli akademik daripada Jabatan Seni Bina Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Imran Tajudeen, yang juga anggota kumpulan kerja projek Geylang Serai, menyarankan agar tanda-tanda warisan dipasang di serata kawasan itu.

'Mungkin kedudukan jalan-jalan seperti Lorong Engku Aman dan Jalan Alsagoff dapat dikembalikan ke tempat asalnya.

'Ia tidak semestinya sebatang jalan raya, mungkin satu laluan pejalan kaki,' kata Dr Imran, 33 tahun.

Kedudukan Engku Aman Road yang ada kini bukan di tempat sebenar Lorong Engku Aman.

Semasa ceramah ringkas yang disampaikan Dr Imran dalam acara Projek Memori Singapura (SMP), When Nations Remember II, di Muzium Tamadun Asia (ACM) semalam, beliau turut menyentuh tentang sejarah Geylang Serai, dari awal 1800-an apabila kawasan itu dibeli hartawan Hajah Fatimah, pembentukan sebuah pemukiman yang popular dalam kalangan orang Melayu sehingga keadaannya kini yang sedang giat menjalani pembaharuan.

Menurutnya, selain kawasan ramai Melayu, Geylang Serai juga dahulu sebuah nadi pengangkutan penting di timur Singapura dengan adanya stesen trem dan terminal bas troli.

Gambaran kurang tepat mengenai Geylang Serai ini mungkin dapat diubah dengan lebih ramai individu Melayu tampil berkongsi kisah dan pengalaman mereka mengenai kawasan itu.

Dalam acara yang sama, Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, melancarkan sebuah arkib gambar dalam talian Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di http://pictures.nl.sg.

Arkib ini bertujuan menggalak lebih ramai menyumbang lukisan atau foto yang memaparkan sosiobudaya dan sejarah pembangunan Singapura. Ini sekali gus merancakkan SMP.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular