Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 November 2010

Mundaw catat sejarah Dayak pertama menjadi Brig. Jeneral

( Foto hiasan )




SIBU 1 Nov. - Stephen Mundaw, 52, mencatat satu sejarah dalam ketenteraan Malaysia apabila menjadi orang Dayak pertama berpangkat Jeneral.

Ia juga merupakan saat-saat manis buat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin yang menyematkan pangkat Brigadier Jeneral kepada Mundaw di Kem Rejimen Renjer Diraja keenam di Jalan Ulu Oya di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, Mundaw, yang berasal dari Sungai Melaban, Pakit di Bahagian Sri Aman, merupakan penuntut pertamanya dari Sekolah Latihan Tempur Tentera untuk mendapat pangkat itu.

"Saya bangga kerana ia berlaku semasa saya menjadi panglima tentera,” katanya kepada pemberita.

Kebiasaannya majlis ini diadakan di ibu pejabat tentera tetapi beliau memilih untuk diadakan di sini kerana kem ini merupakan tempat beliau ditukarkan buat pertama kali selepas mendapat pangkat leftenan muda dari Sekolah Latihan Pegawai Kadet Sebatang Karah di Port Dickson, katanya. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular