Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 2 November 2010

Wanita Jerman hilang dihanyut banjir di Jitra




ALOR SETAR: Seorang wanita warga Jerman berusia 64 tahun hilang dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kota Giam, Malau, Jitra dekat sini, malam tadi.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Erna dikatakan dihanyutkan arus deras ketika hendak keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri bersama anak lelakinya, Yusof Abdullah, 41, dan menantunya, Ashalehah Zain, 40.

Pasangan suami isteri itu dikatakan terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat pokok pada kira-kira jam 8 malam tadi, manakala Erna tidak sempat berpaut dan dibawa arus deras apabila kawasan berkenaan dinaiki air sedalam lebih dua meter.
Pasangan terbabit dikatakan terpaksa berada di atas pokok yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka selama lebih tiga jam sebelum ditemui dan diselamatkan pihak berkuasa.

Operasi mencari dan menyelamat warga Jerman itu kini dilakukan dengan kerjasama polis, bomba, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk kampung.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular