Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 April 2011

Pemuda Masjid desak haramkan filem seram

IMBAS: salah sebuah filem seram berkaitan bekas Istana Billah yang dikatakan mempunyai penunggu sedang dalam proses pembikinan.




KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) hari ini meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.

Ketua Umumnya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60-an dahulu.

Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.

"Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

"Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular