Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 April 2011

Video Seks: Sumpah laknat jelas kedudukan sebenar




PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyambut baik sekiranya benar pihak terbabit dengan isu video seks dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.

“Kita juga amat gembira dan bersyukur pada Allah kerana ia mungkin dapat menyelesaikan satu perkara besar yang sekarang membebani fikiran umat Islam.

"Selain mekanisme mahkamah dan siasatan polis, salah satu mekanisme dalam Islam ialah angkat sumpah untuk tujuan pembuktian," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita berhubung khabar angin kononnya ketua pembangkang itu bersama Datuk Trio yang dikatakan terbabit dalam pendedahan video seks terbabit akan mengangkat sumpah laknat dalam masa terdekat.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam turut menyarankan Ketua Pembangkang itu untuk mengangkat sumpah laknat di hadapan rakyat jelata dan pengikutnya bahawa pendedahan Datuk Trio itu adalah tidak betul.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular