Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Konstabel wanita cedera parah

Konstabel Rohayu Samlan, 24, yang cedera selepas dilanggar oleh seorang suspek disyaki pengedar dadah di Taman Bukit Mas dan kini di rawat di Hospital Tuanku Jaafar, di Seremban.



SEREMBAN – Seorang anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri cedera parah selepas terperosok di bawah kenderaan dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri dalam serbuan di sini malam tadi.

Konstabel Rohayu Samlan, 24, mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan luka dalaman, kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, kejadian berlaku pukul 10.30 malam selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalankan operasi ‘Ops Tapis’ di sekitar bandar ini.

Katanya, sepasukan polis ketika itu menahan sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna merun dan bernombor pendaftaran WGS 8236 yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun, disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

“Semasa polis menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Mas di sini, pemandu kereta itu tiba-tiba membuat pusingan dan memecut kenderaannya,” katanya kepada pemberita, di HTJ hari ini.

Menurut beliau, lima anggota polis lain sempat melompat tetapi mangsa terperosok di bawah kereta yang dipandu suspek terbabit menyebabkan dia cedera di muka, badan serta disyaki mengalami pendarahan di paru-paru dan perut.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek namun tersasar dan suspek berjaya melarikan diri.

Osman berkata, polis dapat mengenal pasti suspek, Tan Kok Fui, 45, yang nombor MyKad 660819-05-5223 dari Seremban memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah ke Kuantan, Pahang pada 2009.

“Polis kemudian pergi ke rumah suspek awal pagi ini dan menahan adiknya yang berusia 44 tahun kerana memiliki tiub dadah jenis heroin,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau melihat kenderaan dinaikinya, diminta menghubungi Asisten Supritendan Wee Huat Ne di talian 06-6033222 atau Cif Inspektor S. Kanapaty (06-7682389).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular