Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Sumpah laknat: Kami bukan cari gaduh, cuma nak membuktikan kebenaran.

IMBAS: TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang membabitkan Anuar Ibrahim pada jumaat lepas.



KUALA LUMPUR - Meskipun dicemuh, dihina dan diugut oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat semalam, namun trio Datuk T menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan segala bentuk tekanan tersebut.

Sebaliknya, bagi trio berkenaan iaitu Shazryl Eskay sendiri, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, apa yang berlaku membuatkan mereka bersemangat untuk terus menegakkan kebenaran.

Mengecam tindakan provokasi dan huru-hara yang dicetuskan segelintir penyokong PKR sewaktu sumpah laknat Shazryl Eskay di ruang solat Masjid Amru Al-As di sini, trio itu melontarkan persoalan kepada pihak terlibat mengapa perlu takut dengan tindakan mereka.

"Saya sedih kerana kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku. Kami pergi dengan niat baik dan telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa masjid untuk melakukan sumpah laknat.

"Kami bukan cabar dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami ajak dia bersumpah laknat bersama. Selepas Anwar tidak hadir, orang lain janganlah kacau. Kami ke masjid bukan untuk bergaduh.

"Tak patutlah berlaku. Selain Islam, kita sebagai orang Melayu, ada adat dan budaya hormat-menghormati. Amalan gangster janganlah ditunjukkan dalam masjid," katanya di sini hari ini.

Pada jumaat lepas, Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Anwar yang juga Penasihat PKR merupakan pelaku dalam rakaman video aksi seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Shazryl Eskay berkata, sebelum melangkah masuk ke ruang solat masjid berkenaan untuk melakukan sumpah laknat, Allah memberi sumber kekuatan biarpun tahu beliau dan dua lagi rakannya akan 'dihimpit' dengan segala cemuhan dan tentangan.

"Sebelum pergi, kami ada terima panggilan supaya membatalkan hasrat (bersumpah) kerana berlaku kekecohan. Tetapi kami nekad dan tetap pergi. Kami tidak gentar dengan Anwar dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang," tegas beliau.

Mengenai ugutan yang diterima, Shazryl Eskay berkata: "Ia tidak perlu dilayan. Saya tidak mahu sebut apa bentuk ugutan tersebut. Apa pun yang berlaku, ini adalah perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular