Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Buat Laporan Polis Berhubung Kekecohan Di Masjid Amru Al-As Semalam




KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Umno Cheras hari Sabtu membuat laporan polis terhadap tindakan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat semalam.

Laporan dibuat Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor di Balai Polis Pudu kira-kira pukul 4 petang.

Antara lain laporan itu meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang.

Sementara itu di KELANTAN, laporan serupa turut dibuat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan dan Persatuan Kelab Belia-Belia Malaysia (MAYC) Kelantan.

Penyelaras Pekida Kelantan, Zainuddin Ahmad yang mewakili pertubuhan itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, manakala Presiden MAYC Kelantan Zamzani Harun berbuat demikian di IPD Gua Musang.

Semalam, kira-kira 300 penyokong PKR berkumpul dan membuat kekecohan di luar dan dalam masjid itu bagi menghalang ahli perniagaan Datuk Syazril Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat berhubung satu rakaman video seks yang pelakunya dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular