Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Video Seks: Saya tidak mahu tonton – Wan Azizah




BUKIT MERTAJAM - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, beliau tidak akan menonton klip video terbaru yang memaparkan imej lebih jelas seorang pelaku seks didakwa mirip wajah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tersebar di Internet.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, tiada keperluan untuknya berbuat demikian kerana yakin pelaku seks dalam rakaman itu bukan suaminya.

‘‘Saya memang pasti, lillahitaala. Itu bukan suami saya,” katanya yang kelihatan tidak senang ketika diajukan pertanyaan berhubung perkembangan terbaru itu.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan kepastian dengan menonton sendiri video tersebut, Wan Azizah menegaskan:‘‘Saya tidak mahu tengok, itu haram. Saya tidak mahu, di televisyen pun saya tidak tengok kerana ia tidak baik untuk anak dan cucu saya”.

Dalam sidang akhbar 5 April lalu, Wan Azizah mengakui ada menonton sebahagian rakaman video seks berdurasi 1 minit 47 saat yang dimuat naik kali pertama di Internet awal bulan ini tetapi menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah suaminya.

Khamis lalu, rakaman penuh video aksi seks yang dikaitkan Ketua Pembangkang itu sudah dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube dengan memaparkan imej pelaku lebih jelas berbanding visual klip video yang di muat naik sebelum ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular