Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Makan kuat tapi badan makin melidi

AIQQAL bersama bapanya, Azman di rumah mereka selepas dibenarkan keluar dari hospital di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Sakit tapi selera makannya semakin menjadi-jadi.Itu fenomena luar biasa yang berlaku kepada Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang menghidapi penyakit misteri sejak bulan Disember lalu.

Menurut ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, anak keempatnya yang mesra dipanggil Aiqqal itu mampu makan nasi lima hingga enam pinggan besar sekali gus apabila lapar.

“Aiqqal tiba-tiba menjadi seorang yang kuat makan dan kadar pemakanannya luar biasa. Apa yang pelik, semakin banyak dia makan tetapi badannya tetap kurus.

“Namun, apabila seperiuk nasi, sup atau apa sahaja yang dimasak, dia boleh habiskan seorang diri. Perkara tersebut merisaukan kami sekeluarga,” katanya kepada wartawan di kediamannya di Kondo Mentari, Bandar Sri Permaisuri di sini semalam.

Wan Zuriati memberitahu, Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak tapi berulang kali dan tidak kira masa dan tempat.

Malah, kata beliau, anaknya itu pernah bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan.

Bagaimanapun, menurut Wan Zuriati, berat badan Muhamad Aiqqal yang dahulu mencecah 35 kilogram kini menyusut sehingga 20 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dua minggu lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular