Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

PAS Tidak Akan Keluar Pakatan Pembangkang, Kata Nik Aziz





KOTA BAHARU -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan keluar dari pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu menolak cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang meminta Pas keluar dari pakatan pembangkang kerana pakatan itu jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

"Tolak, tolak, itu perkara lama," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Program Bina Ummah "Maqasid al-Syariyyah" anjuran Perbadanan Tabung Amanah Tok Kenali di Balai Islam, Lundang di sini, hari Sabtu.

Perdana Menteri dalam lawatannya ke Terengganu berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Najib berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular