Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 April 2011

Jelang PR Singapura: pembangkang rancang rayu di Mahkamah Tinggi




SINGAPURA: Parti pembangkang yang dibatalkan pencalonan mereka bagi bertanding di GRC Tanjong Pagar merancang membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Rayuan itu dibuat untuk melihat sama ada ia mampu mengubah keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pilihan Raya yang membatalkan pencalonan mereka disebabkan lewat menghantar borang pencalonan itu kelmarin.

Seorang daripada anggota parti pembangkang tersebut yang juga Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), Encik Nazem Suki, semalam berkata rayuan itu juga sebagai bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.

Menurutnya, rayuan itu akan dibuat tidak lama lagi setelah mereka merancang bertemu peguam pada hari ini.

'Kami akan mendapatkan pandangan peguam dari segi undang-undang untuk melihat bagaimana kami boleh meneruskan rayuan ini ke mahkamah atau sebaliknya,' ujarnya.

Pada hari penamaan calon di Sekolah Perempuan Cina Singapura (SCGS) di Dunearn Road kelmarin, pasukan pembangkang terdiri daripada lima calon bebas daripada pelbagai parti dan individu.

Ia diketuai oleh Ketua Barisan Sosialis, Encik Ng Teck Siong, 69 tahun; dan empat lagi termasuk Encik Nazem; Encik Ng Pian Ying daripada Perikatan Demokratik Singapura (SDA) dan calon bebas Encik Lim Mie, 64 tahun, dan Encik Abdullah Salam, 50-an tahun.

Dengan pembatalan pencalonan pembangkang itu, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, menang tanpa bertanding bagi GRC Tanjong Pagar.

Menurut Encik Nazem, pembatalan itu amat mengecewakan kerana semua calon pembangkang telah berada di dalam dewan untuk menghantar kertas permohonan sebelum 12 tengah hari apabila waktu pencalonan ditutup.

'Saya dan anggota lain ingin tahu apakah yang sebenarnya berlaku semasa kami mengisi borang pencalonan dan proses menghantar borang pencalonan itu,' ujar Encik Nazem.

Pasukannya tiba sekitar 11.30 pagi di SCGS dan masuk ke dewan untuk menghantar borang pencalonan.

Mereka gagal menghantar kertas-kertas pencalonan mereka tepat pada waktu 12 tengah hari.

Mereka difahamkan berjaya mendapatkan deposit untuk bertanding daripada para penderma menerusi Internet setelah kekurangan dana.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular