Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 April 2011

Penuntut kolej swasta bercumbu kasih sesama jenis.




TUMPAT - Seorang pelajar kolej swasta yang memadu asmara dengan pasangan sejenis membawa padah apabila ditangkap penguat kuasa agama Jajahan Tumpat dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini semalam.

Tertuduh, Meerza Shah Abdul Hakim, 19, bagaimanapun hadir berseorangan ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dan mengaku atas kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan bersama pasangan sejenis, Zuhaili Ahmad@Ghazali, 26, Februari lalu.

Pendakwaan kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin di hadapan Hakim Syarie Mazlan Abdullah.

Ketika rayuan, Meerza Shah hanya memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda dengan alasan masih menuntut di sebuah kolej swasta.

Pendakawaan menangguhkan kes itu untuk membolehkan keputusan jatuh hukuman pada jam 8.15 pagi, 25 Mei ini, selain membebaskan tertuduh dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin atau ditahan di penjara sehingga tarikh jatuh hukuman.

Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap kepada pasangan pelajar kolej terbabit yang tidak hadir perbicaraan semalam.

Terdahulu, pada 11 Februari lalu, hasil daripada operasi pada jam 4.35 petang, tindakan pasangan terbabit yang asyik memadu asmara di pantai di Pulau Tengkorak membawa padah apabila diserbu pegawai penguatkuasa agama.

Pelajar berkenaan disoal siasat dan pasangannya yang disangka perempuan sebenarnya adalah seorang lelaki berdasarkan kad pengenalan ditunjukkan kepada penguatkuasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular