Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 April 2011

Along tidak pulang rumah sejak 16 hari lalu

Nur Ain Nasuha Mohd. Zabri @Along.




HULU TERENGGANU: - Keluarga seorang gadis berumur 18 tahun yang menghilangkan diri dari rumah sejak 16 hari lalu amat mengharapkan kepulangannya kerana bimbang tentang keselamatannya.

Kehilangan Nur Ain Nasuha Mohd. Zabri (gambar) sejak 11 April lalu, menyebabkan ibunya, Nor Ismidar Idris, 35, tidak lena tidur.

Menurut Nor Ismidar, anak sulungnya dari lima beradik itu yang dipanggil 'Along' keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan memakai tudung hitam, baju T berwarna ungu dan seluar jeans hitam.

"Along kata nak keluar ke bandar pada pagi tu. Ayahnya hantar dia ke pondok menunggu bas pada pukul 8.30 pagi dan membekalkan dia RM50.

"Tetapi sampai pukul 11 malam, dia tak balik dan selepas puas mencari, kami buat laporan polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Mas di sini.

Katanya, selepas dua hari kehilangannya, anak gadisnya itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan supaya dia tidak dicari.

Mesej itu, katanya, antara lain berbunyi "mak dan ayah jaga diri baik-baik, jangan cari along, along selamat. Along akan balik setelah along berjaya nanti."

Bagaimanapun Nur Ain Nasuha tidak memaklumkan lokasi dia sedang berada.

"Kami sangat risaukan dia. Merata tempat kami dah cari. Saya harap dia dapat hubungi saya untuk beritahu dia selamat. Kalau tak nak telefon, sekurang-kurangnya Along hantarlah mesej beritahu dia tak apa-apa," katanya.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat tentang gadis itu diharap dapat menghubungi beliau di talian 013-9890716.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular