Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

25 penghuni Pusat Ehsan lawat Sekolah A'bangsa Brunei

Penghuni Pusat Ehsan melukis dengan bantuan pelajar ISB.



BANDAR SERI BEGAWAN - Sebagai salah satu kempen 'My Ability Counts' Pusat Ehsan, seramai 25 penghuni dan 15 kakitangannya dari kelas atas dan kelas pra-vokasional hari ini telah membuat lawatan ke Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Lawatan itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak istimewa mengenai sekolah biasa di negara ini dan memberikan peluang serta pengalaman untuk mereka berinteraksi dengan pelajar lainnya selain untuk meningkatkan lagi keyakinan dan penghargaan diri ketika berinteraksi.

Rombongan Pusat Ehsan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti di Sekolah Antarabangsa Brunei bermula dari 26 hingga 29 April 2011 termasuk aktiviti dan program seperti lawatan dan jualan produk kraf tangan dan pusat berkenaan berterima kasih kepada ISB di atas bantuan dan dorongan kepada kempen kesedaran komuniti Pusat Ehsan.

Pusat Ehsan adalah organisasi bukan kerajaan dan tiada keuntungan untuk memberi persekolahan, latihan, asuhan dan perkhidmatan rehabilitasi untuk individu di Negara Brunei Darussalam yang memerlukan bantuan.

Pusat terbabit bergantung kepada kempen dana dan sumbangan daripada orang ramai untuk meneruskan program berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular