Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Islam benarkan sumpah laknat

Petikan sumpah laknat yang diikrarkan pada upacara tersebut.




KUALA LUMPUR: Islam membenarkan umatnya melakukan sumpah laknat bagi tujuan mencari kebenaran selepas seseorang itu dikaitkan dengan sesuatu tuduhan atau kesalahan yang tiada jalan penyelesaian.

Seorang tokoh agama yang juga bekas mufti berkata, sumpah laknat atau disebut juga sebagai Mubahalah adalah sumpah saling melaknat dan berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah.

“Proses sumpah laknat adalah perkara terakhir dan tindakan berani dilakukan mereka untuk membuktikan bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar dengan mengharapkan sesiapa yang berbohong mendapat laknat Allah.

“Sumpah laknat ini bukan perkara main-main kerana mereka yang bersumpah laknat mengharapkan balasan Allah demi mendapatkan kebenaran atas apa yang mereka katakan. Sumpah sebegini ada dinyatakan di dalam Islam untuk mengharapkan hidayah Allah terhadap perkara yang tidak dapat penyelesaian,” katanya yang enggan nama disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61.

“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.

“Mubahalah dilakukan untuk menyatakan kebenaran dan menegakkan hujah terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan setiap individu berdoa bersungguh-sungguh dan bersumpah saling melaknat antara satu sama lain,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular