Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Tolak dakwaan PKR polis bergelar Datuk jumpa guru




SHAH ALAM - Dakwaan PKR terdapat pegawai kanan polis bergelar Datuk dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dikatakan bertemu guru di beberapa sekolah di Kelantan dan berceramah mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wujud.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin sah dan menafikan tiada nama atau jawatan pegawai polis terbabit di dalam pasukan PDRM seperti didakwa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

“Saya sahkan memang tiada nama anggota atau pegawai berpangkat seperti itu dalam pasukan PDRM, termasuk di Bukit Aman,” katanya.

Semalam, Nurul Izzah dalam satu sidang akhbar mendakwa, pegawai polis berpangkat Senior Asisten Komisioner dari Bukit Aman itu pergi ke beberapa sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut dan didakwa memberi syarahan bahawa Anwar ancaman keselamatan negara serta lelaki dalam sebuah video seks hitam putih tersebar di Internet.

Menurutnya, maklumat itu disampaikan seorang guru di negeri terbabit dan beliau dalam proses mengumpul maklumat untuk mengecam perbuatan terbabit sekiranya benar ia dilakukan polis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular