Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Sumpah laknat Shazryl Eskay urusan peribadi

IMBAS: Sumpah laknak yang dilangsungkan disebuah masjid di Kuala Lumpur petang tadi.



KUALA LUMPUR: Lafaz sumpah laknat yang dibuat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini adalah urusan peribadi dan ia tidak membabitkan kerajaan atau UMNO, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan tidak menggalak atau menghalang ahli perniagaan itu atau mana-mana individu untuk berbuat demikian asalkan tidak mengganggu perjalanan dan urusan masjid.

"Mana-mana individu kalau dia rasa nak angkat sumpah laknat, itu terpulang kepada dia. Kita tak galak dan kita tak halang dan saya fikir semua orang patut bersikap sedemikian.
"Mana-mana parti politik pun patut ambil sikap ini (adalah) soal peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Shazryl Eskay yang melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lalu.

Shazyrl Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terbabit mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, Najib berkata: "Jadi, kalau Datuk Eskay nak sumpah laknat,(Datuk Seri) Anwar Ibrahim nak sumpah laknat, atau pun dia tak nak, itu urusan peribadi masing-masing.
"Pada kesudahannya semua ini akan dinilai oleh rakyat... sumpah tak sumpah rakyat akan menilainya," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular