Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 April 2011

Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah

Datin Orkid Abdullah.




KUALA LUMPUR — Datin Orkid Abdullah, biduanita yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal ‘Penawar Rindu’ pada era 60’an kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.

Kalau dulu beliau aktif menghiburkan orang ramai menerusi pertunjukan pentas dan persembahan di televisyen, namun kini pergerakannya amat terbatas sehingga kesemua aktiviti harian termasuk makan dan minum diuruskan oleh tiga orang anaknya.

Rombongan dari Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diketuai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez menziarah Orkid di rumah beliau di No 38, Jalan Anggerik 2, Dataran Ukay di sini hari ini. Rombongan tiba kira-kira pukul 3.15 petang, dan menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama Orkid sambil menyampaikan sumbangan.

Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular