Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Bob Tutupoly kembali dengan `Widuri’

Bob Tutupoly.




KUALA LUMPUR - Suaranya masih merdu dan mempesonakan. Pada usia 71 tahun, Bob Tutupoly masih mampu memikat, membuatkan audien terpaku di tempat duduk dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persembahan beliau.

Walaupun ketika tidak bernyanyi, ungkapan dari bibirnya ketika bercerita mengenai lagu dan anekdot peribadinya, sudah cukup memukau audien terhadap penyanyi veteran dari negara seberang ini.

“Saya telah mendendangkan lagu ini yang menaikkan nama saya, Widuri, lebih sejuta kali. Versi bahasa Inggeris akan diterbitkan tidak lama lagi. Widuri telah dinyanyikan dalam banyak bahasa, Tagalog, Thai dan Jepun,” kata Bob, ikon hiburan dari Indonesia ini sambil tersenyum mesra.

Bob tidak perlu berlatih atau mengadakan sesi latihan formal untuk memastikan suaranya kekal merdu sebegini.

“Saya tiada masa untuk memilih dan berlatih setiap lagu pada setiap kali sebelum persembahan. Isteri saya pun tahu. Saya tidak tetapkan sesi latihan untuk beberapa hari sebelumnya. Jadual saya selalunya padat. Malah saya baru pulang dari Belanda dan akan ke Indonesia untuk satu lagi persembahan,” kata pelantun lagu malar segar Widuri ini.

Beliau berada di Malaysia hanya untuk satu malam untuk menghiburkan para setiausaha dan ketua mereka serta para peminat pada majlis jamuan tengah hari di di Hotel Royal Chulan sempena sambutan Minggu Setiausaha.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular