Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Keinginan jadi PM punca Anwar gadai bangsa - Dr. Mahathir



ALOR SETAR — Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keinginan tidak terkawal Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri menyebabkan ketua pembangkang itu sanggup menggadai bangsanya demi mendapat sokongan bukan Melayu.

Beliau berkata, kejayaan jelas bekas timbalannya itu ialah memecah-belahkan perpaduan orang Melayu sehingga menjadi bangsa yang lemah.

Katanya, orang yang tidak berpuas hati dengan UMNO dan mahu melihat orang Melayu berpecah mengambil kesempatan ini dan mendapat ‘jaguh’ yang mampu merealisasikan cita-cita mereka.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di sini hari ini.

"Orang Melayu mudah lupa. Mereka seharusnya belajar dari sejarah bagaimana British menguasai Raja-Raja Melayu yang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan penubuhan Malayan Union,” kata mantan perdana menteri itu.

Dr. Mahathir berkata, UMNO ditubuhkan bagi menggabungkan bangsa Melayu tetapi masih ada orang sanggup merosakkan parti bangsanya sendiri.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular