Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 April 2011

Anak Datuk Sosilawati tangguh perkahwinan

Dekritawati Yuliana Buhari,





KUALA LUMPUR: “Saya belum bersedia mendirikan rumah tangga kerana mahu tumpukan kepada perniagaan,” kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditanya bila ingin mengakhiri zaman bujangnya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, sebagai usahawan wanita, tambahan pula dalam usia masih muda, banyak lagi cabaran perlu ditempuhi untuk memantapkan syarikat diwarisi ibunya.

Ahad lalu, Rita, 25, meletakkan dua ‘syarat’ kepada lelaki yang ingin menjadi jodohnya, namun kata Rita, itu bukan bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat, sebaliknya tumpuan pada masa ini lebih kepada perniagaan.

“Rita mahu fokus kepada syarikat dan keluarga dulu, bila jodoh sudah tiba nanti, Rita akan beritahu semua, bagaimanapun segalanya ditentukan Tuhan,” ujarnya sambil tersenyum.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular