Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Bapa pengantin malu dan maruah terjejas akibat ditipu




SINGAPURA - BELIAU rela berhabis asalkan majlis persandingan anaknya benar-benar meriah dan eksklusif - daripada majlis akad nikah pada Khamis hinggalah jamuan besar- besaran untuk tetamu pada Sabtu.

Encik Rosli Mohd Zain, 53 tahun, juga mahu melihat mempelai diiring ke majlis persandingan dengan menaiki kereta limousin dan dibawa menghirup bayu laut dengan kapal persiar di pulau-pulau selatan Singapura.

Justeru, beliau tidak teragak-agak memilih pakej mewah itu apabila anak perempuannya menyarankan kepadanya setelah mengunjungi Ekspo Perkahwinan di Singapore Expo November lalu.

Anak perempuannya jatuh hati setelah meneliti pakej 'hari perkahwinan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan' yang ditawarkan Cherizsta Wedding Galleria.

Encik Rosli menempah pakej berharga $24,000 bagi majlis yang berlangsung pada 2 April lalu itu.

Pakej tersebut merangkumi pelamin, kendarat, kereta limousin, mak andam, jamuan untuk tetamu, termasuk pada hari nikah, berkat, kad undangan, sesi penggambaran dan bersiar-siar menaiki kapal.

'Saya ambil pakej tersebut kerana tidak mahu susahkan keluarga dan saudara-mara serta mahu majlis benar-benar meriah,' tambah Encik Rosli, seorang pemandu teksi dan ayah tiga anak.

Tetapi impian beliau tidak kesampaian kerana mendakwa khidmat yang diberi jauh daripada memuaskan.

'Pada malam hari nikah, jamuan yang disediakan tidak cukup untuk 300 tetamu. Apabila saya tanya tukang masak, beliau kata hanya disuruh siapkan jamuan untuk 100 orang.

'Ramai yang tak dapat makan. Nasib baik saya ada buat lauk-pauk sendiri untuk tambah-tambah.

'Sudahlah gitu, pembantu mak andam pakai seluar pendek di majlis akad nikah. Mana saya nak taruk muka saya?' tanya beliau.

Menurutnya lagi, lain warna hiasan di bawah blok yang beliau tempah, lain pula warna yang dipasang dan tiada kipas angin disediakan sedangkan beliau telah pesan 10 kesemuanya.

'Saya tambah marah kerana sampah sarap dibiarkan bertaburan selepas mereka pasang dekorasi bawah blok.

'Paginya saya kena sapu dan atur meja sendiri. Sarung kerusi juga tanpa reben dan bunga,' tambahnya dengan muka merah padam.

Menurut Encik Rosli lagi, bekas pemilik yang kini kakitangan Cherizsta Wedding, Encik Aszrul Mohd Yusoff, yang sepatutnya menyelaraskan majlis hanya 'muncul sekejap dan kemudian tak datang lagi'.

'Saya sungguh malu dibuatnya. Saudara-mara dan kawan-kawan perli saya kerana bayar semahal $24,000 tetapi banyak cacat celanya. Ini soal maruah!' tegas Encik Rosli, yang enggan membayar baki $2,400.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular