Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 April 2011

Nicol mara ke suku akhir Kejohanan Asia




GEORGETOWN: Bintang skuasy Malaysia dan pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol David mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia Ke-16 selepas menumpaskan Jerryca Teo dari Singapura di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David di Bukit Dumbar, di sini hari ini.

Nicol, yang mendapat bye pada pusingan pertama, mengalahkan Jerryca 11-2,

11-6 dan 11-4 dalam pusingan kedua untuk mara ke suku akhir dan akan bertemu Chan Ho-Ling dari Hong Kong.Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 27 tahun itu yang hanya mengambil masa 25 minit untuk menundukkan lawannya dalam straight set berkata, beliau gembira
kerana pusat skuasy itu dinamakan sempena namanya.

"Sesuatu yang amat menggembirakan apabila memenangi perlawanan pertama dalam
mana-mana kejohanan dan saya berpuas hati berjaya mara ke suku akhir," katanya
semasa ditemui selepas perlawanan hari ini.

Juara lima kali dunia itu berkata beliau akan lebih fokus dalam perlawanan esok kerana pastinya lebih sukar berdepan dengan Chan yang sebelum itu menewaskan Eun Tschan Ahn (KOR) 11-4, 6-11, 11-7 dan 11-1 dalam 38 minit.

Turut mara ke suku akhir ialah Low Wee Wern, Delia Odette Arnold dan Siti Munirah Jusoh.

Wee Wern, pemain nombor ke-13 dunia, nyata terlalu handal bagi lawannya yang juga rakan sepasukan Zulhijjah Azan, yang mencatatkan kemenangan 4-11, 7-11 dan 6-11 dalam masa 25 minit akan bertemu Siti Munirah yang menewaskan Liu Tsz-Ling dari Hong Kong 11-5, 11-7, 10-12, 12-10.

Dalam kategori lelaki, pemain pilihan Ong Beng Hee telah diasak oleh rakan sepasukan Kamran Khan yang menduduki ranking ke-82 dunia, sebelum menang 12-10, 11-8 dan 11-9 dalam 55 minit untuk mara ke suku akhir.

Beng Hee, memburu gelaran kelimanya dalam kejohanan Skuasy Individu Asia, akan berdepan dengan seorang lagi pemain Malaysia Elvinn Keo Jinn Chung, yang mengalahkan Dick Lau Siu-Wai dari Hong Kong 11-7, 10-12, 11-8, 6-11 dan 11-9 dalam perlawanan penuh mendebarkan yang berlangsung selama sejam 16 minit.

Turut berjaya mara ke suku akhir ialah Mohd Nafiizwan Mohd Adnan yang menumpaskan Waqas Mehboob dari Pakistan 11-1, 11-6 dan 11-6 dalam 24 minit dan akan bertemu rakan sepasukan Muhd Asyraf Azan esok.

Muhd Asyraf sebelum itu mempamerkan permainan bertenaga untuk mengalahkan Leo Au Chun-Ming dari Hong Kong 11-9, 8-11, 11-2 dan 11-5 dalam 44 minit.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular