Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 April 2011

Jelang PR Singapura: Forum Gay jadi isu




SINGAPURA; Isu video yang dikatakan memaparkan seorang calon pembangkang terlibat dalam forum 'menggalak gaya hidup gay' di Singapura berterusan dengan seorang anggota pembangkang mempersoalkan tujuan ia ditimbulkan.

Seorang anggota Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr James Gomez, semalam berkata Dr Vivian Balakrishan dan pasukan Parti Tindakan Rakyatnya seharusnya memberi tumpuan kepada isu-isu dalam pilihan raya ini dan jangan bermain politik 'kotor'.

Dr Gomez berkata demikian ketika mengulas tuduhan pasukan PAP bahawa SDP mempunyai agenda sulit gay.

Kelmarin, Dr Balakrishnan dan pasukannya daripada GRC Holland-Bukit Timah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan forum tersebut turut menyentuh tentang amalan seks bersama budak lelaki dan mempersoal jika usia yang diizinkan bagi golongan itu sepatutnya pada 14 tahun.

Dalam video itu, Dr Vincent Wijeysingha dikatakan diperkenalkan sebagai anggota SDP dan antara komen yang dibuatnya ialah:

'Saya rasa masyarakat gay perlu menggerakkan diri sendiri. Mungkin hasil daripada forum ini, mereka yang berminat boleh berbincang cara menangani Isu 377 selain mendapatkan hak bagi gay dan lesbian.'

Kenyataan pasukan Dr Balakrishnan itu menambah: 'Kami percaya calon-calon harus bersikap terbuka tentang agenda politik dan motif mereka agar pengundi dapat membuat pilihan'.

Ia ditandatangani Dr Balakrishnan dan rakan-rakan sepasukan PAP-nya - Encik Christopher De Souza, Encik Liang Hwa Eng dan Cik Sim Ann.

'Video ini menimbulkan persoalan sama ada Dr Wijeysingha akan memperjuang pergerakan itu dalam arena politik dan apakah pendirian SDP mengenai isu tersebut,' katanya.

Pasukan SDP dijangka mencabar pasukan PAP di GRC Holland-Bukit Timah.

Diminta komennya, Dr Gomez semalam berkata daripada pengalaman pilihan raya-pilihan raya yang lalu, PAP menggunakan taktik-taktik memburukkan calon pembangkang.

'Ini contoh bagaimana mereka (PAP) ingin mengalih perhatian pengundi. Kali ini (mereka) menggunakan cara diskriminasi dan memecah-belah,' kata nya.

Beliau berkata Dr Balakrishnan seharusnya memberi tumpuan pada isu mengenai pengurusannya yang salah semasa Sukan Olimpik Belia tahun lalu.

'Beliau (Dr Balakrishnan) menepis isu itu untuk masa yang lama,' kata Dr Gomez, yang ke Jabatan Pilihan Raya untuk mengambil sijil minoritinya bersama seorang lagi anggota SDP, Encik Sadasivam Veriyah, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular