Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Disember 2011

48 Anggota Majlis Perundingan Kampung berkunjung ke Daerah Papar

Rombongan mengambil kesempatan bergambar ramai.


BANDAR SERI BEGAWAN - Serombongan seramai 48 orang dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Masjid Lama, Pekan Muara telah mengadakan kunjungan lawatan muhibah sambil belajar selama empat hari ke Daerah Papar, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Mengetuai rombongan berkenaan ialah ketua kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Othman yang juga selaku pengerusi MPK kampung berkenaan.

Pengiran Haji Mohamed menyatakan antara tujuan lawatan itu adalah untuk mendapatkan pendedahan dan menimba ilmu dan pengalaman di samping peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai aktiviti-aktiviti kampung.

Selain daripada itu ia juga sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan suasana muhibah serta persaudaraan di antara kedua pihak yang mempunyai banyak persamaan dari segi adat dan budaya.

Ketibaan rombongan di sana telah disambut oleh pegawai Daerah Papar, Iman bin Ali, berserta pegawai-pegawai dan kakitangannya, di Dewan Serbaguna Lok Kawi.

Dalam lawatan itu rombongan turut mendengar taklimat mengenai daerah itu dan seterusnya dibawa melihat cara pembuatan telur masin. Rombongan juga dibawa melawat ke Kampung Berundong Papar, yang terkenal dengan kuih lidahnya, dan Kampung Laut Papar, yang dikenali menjalankan perusahaan membuat pelbagai jenis kuih muih.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular