Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 Disember 2011

Permohonan ke IPTA ditutup 31 Disember




KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular