Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Disember 2011

Isu Kepala Babi: Tidak tahu angkara siapa




JOHOR BAHRU - Kes sembilan kepala babi diletakkan di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini, menimbulkan persoalan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Ini kerana selama ini seluruh penduduk yang berbilang kaum di kawasan perumahan tersebut hidup aman damai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Pengerusi Masjid Al-Falah, Kasim Darim, berkata, bagaimanapun insiden penemuan kepala haiwan berkenaan dalam dua kejadian berasingan mengejutkan banyak pihak termasuk penduduk sekitar yang bukan beragama Islam.

“Kami hidup aman harmoni dan hubungan dengan semua penduduk berbilang kaum sangat baik sehingga sambutan perayaan dapat diraikan bersama-sama.

“Kami sememangnya tidak menjangkakan perkara ini dan tidak mahu menuduh sesiapa. Kita menyerahkan segalanya kepada polis untuk menyiasat dan bertindak,” katanya kepada wartawan.

Pihaknya menegaskan tidak tahu angkara siapa melakukannya dan tidak menuduh sesiapa berhubung perkara itu, selain menolak kemungkinan ia adalah tindakan nakal oleh golongan remaja.

Sementara itu, di Kulaijaya, Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Cawangan Kulaijaya membuat laporan polis berhubung isu penemuan kepala haiwan terbabit.

Ketua Wiranya, Mohd Farid Ariffan berkata, pertubuhan itu berharap dalang sebenar melakukan perbuatan tidak bermoral berkenaan dapat segera diberkas dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana bertindak mengganggu sensitiviti umat Islam terutama penduduk di kawasan perubahan terbabit.

“Perbuatan itu berkaitan dengan sensitiviti dan kami berharap pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian itu akan dapat segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penduduk Islam di Taman Desa Jaya, di sini gempar dengan penemuan sembilan kepala babi di luar pintu masjid Al Falah, dalam dua kejadian berasingan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular