Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 Disember 2011

Ikan toman $200 di Brunei

Dua ekor ikan Toman yang dijual pada harga $100 dan $200 setiap seekor.





TUTONG - Di setiap Tamu Mingguan Serambangun, Daerah Tutong banyak menjanjikan pelbagai jenis jualan produk kampung seperti sayur mayur, bunga-bungaan, makanan dan tidak lupa juga ikan air tawar yakni ikan sungai.

Semalam, para pengunjung ke tamu berkenaan berkesempatan melihat ikan toman berukuran besar dan berat, yang ditangkap di Ulu Tutong.

Menurut penangkapnya, dua ekor ikan toman tersebut berukuran hingga 1 meter dan seberat lebih 5 dan 3 kilogram setiap seekor.

Katanya, jika pada sebelah malam, ikan-ikan tersebut akan berkilau keemasan bila terkena pancaran cahaya.

Beliau menjual ikan toman ukuran besar itu dengan harga $200 dan $100.

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes adalah tergolong dalam spesies ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Negara Brunei Darussalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular