Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Disember 2011

Artis Maharaja Lawak berkunjung ke Brunei


Kiri - Para peminat bergambar bersama artis Maharaja Lawak,( Kanan)
Para peminat tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan artis Maharaja Lawak.



BANDAR SERI BEGAWAN - Sekali lagi artis Maharaja Lawak yang terdiri daripada Nabil, Kumpulan Jambu, Jep Sepah, Angah, dan pelakon terkenal, Shaheizy Sam telah menghiburkan para peminat di Negara Brunei Darussalam semalam dengan mengikuti perlawanan futsal di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah.

Dalam perlawanan itu, pasukan Maharaja Lawak mencatatkan kemenangan dengan keputusan penalti 2-1 apabila Shaheizy Sam berjaya merembat masuk bola ke pintu gawang pada sepakan penalti di akhir permainan.

Perlawanan pada awalnya berkesudahan dengan kedudukan seri 12 sama dan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.

Di sepanjang perlawanan itu, beberapa artis Maharaja Lawak dan artis Brunei telah membuat aksi-aksi lucu yang membuatkan para penonton tidak kering gusi untuk menontonnya.

Hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Rosmadee Haji Mohd Daud.

Artis-artis Brunei yang mengikuti perlawanan pada malam itu terdiri daripada Haji Yahya, Haji Daus, Dj Daffy, Alwi 5.10am, Hardee the seed, Dj Rizz dan Reme d'Hask. Selepas perlawanan itu berakhir, peminatpeminat yang berada di Stadium Tertutup berkesempatan mengambil gambar dan mendapatkan autograf bersama artis Maharaja Lawak.

Pada malam itu juga, persembahan Ahli Pencak Silat turut diadakan lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular