Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 Disember 2011

Penyanyi Anuar Zain kumpul $11,000 bagi masjid




SINGAPURA - PENYANYI popular Malaysia, Anuar Zain (foto), bantu mengumpul sekitar $11,000 bagi pembinaan semula Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau, semalam.

Acara amal itu diadakan sempena pameran Wedding, Lifestyle & Shopping Paradise di Singapore Expo dari Jumaat hingga semalam, anjuran Orange Events Media Pte Ltd.

Dua karikatur Anuar yang dilukis artis setempat, Syed Osman Aljoofree, dan ditandatangani Anuar dilelong pada harga $5,000 kepada Amani Weddings dan $4,600 kepada D'Johara Wedding Palace.

Selain itu, sekitar $1,000 dikumpul menerusi sesi mengambil gambar, dan bakinya dikumpul menerusi 'tabung bergerak' semasa persembahan Anuar.

Beliau meluangkan masa sekitar sejam di acara itu untuk turut mempromosikan album terbarunya berjudul Anuar Zain 2011, yang dihasilkan label rakamannya sendiri, Anuar Zain Network Sdn Bhd.

Beberapa artis lain turut membantu mengumpul dana bagi masjid di di Kim Keat Road, dekat Balestier, itu.

Mereka termasuk Jamal Abdillah dan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma Irama.

Masing-masing mengumpul $6,000 dan $2,000 menerusi acara melelong karikatur mereka oleh Syed Osman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular