Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Disember 2011

Safee Sali buat pengumuman rasmi



KUALA LUMPUR - Safee Sali mengambil sikap ‘mengunci mulut’ mengenai masa depannya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Begitupun, segala-galanya akan terjawab apabila Safee, 28, dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini.

“Saya kini sudah sampai di lapangan terbang KLIA, jadi tunggu sahaja esok (hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi semalam.

“Segala-galanya akan terjawab esok (hari ini).”

Masa depan Safee bersama kelab Pelita Jaya mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan mengharamkan saingan Liga Super Indonesia (ISL) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum dapat ditentukan, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang bimbang mengenai nasib Safee.

“SEGALA-GALANYA akan terjawab, jadi tunggu sahaja esok (hari ini).

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengenai masa depannya bersama kelab Pelita Jaya yang mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan.

Situasi itu tercetus gara-gara saingan Liga Super Indonesia (ISL) dilaporkan telah diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum mencapai kata putus, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang khuatir mengenai nasib Safee yang dikhabarkan tidak layak beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya benar ISL diharamkan.

Mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, penyerang kelahiran Kajang, Selangor berusia 28 tahun tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu segala-galanya akan diperincikan dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan di ibu negara pukul 1 petang ini.

“Saya kini sudah berada di lapangan terbang, jadi tunggu sahaja esok (hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi wartawan semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular