Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Disember 2011

Sensitif: Sembilan kepala babi depan masjid




JOHOR BAHRU – Penduduk Islam di Taman Desa Jaya, dekat sini, gempar apabila sembilan kepala babi ditemui di luar pintu Masjid Al Falah, di sini, dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama, empat kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui oleh beberapa penduduk di pintu bahagian tepi masjid ketika datang ke rumah ibadat itu untuk membersihkan kawasan sekitarnya, jam 5 petang kelmarin.

Susulan penemuan, jawatankuasa masjid membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Belum pun reda dengan kejadian pertama, jemaah masjid dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan itu diletakkan di pintu pagar hadapan mas­jid kira-kira jam 5.10, pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Falah, Kasim Darim, 62, berkata, pengurusan masjid kesal dengan tindakan kumpulan atau individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan itu.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

“Sebelum ini, pihak kami (masjid) tidak mempunyai­ masalah dengan masyarakat setempat dan saya tidak menuduh sesiapa yang melakukan perkara ini.

“Namun bagi kami, jika ada masalah, kita boleh berunding tanpa perlu membuat perkara seperti ini. Saya kecewa dengan sikap kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui wartawan.

Kassim berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular