Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Disember 2011

Bayaran khidmat penasihat CPFIS 1 peratus mulai Julai





SINGAPURA - SEBANYAK 30,000 akaun di bawah Skim Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS) yang memanfaatkan khidmat penasihat kewangan secara berpakej, akan menikmati kos pelaburan lebih rendah, mulai Julai tahun depan.

Ini selepas Lembaga CPF mengumumkan semalam bahawa bayaran perkhidmatan yang dibayar kepada para penasihat kewangan yang memberikan khidmat pelaburan secara pakej seperti khidmat nasihat, broker dan pentadbiran, akan dihadkan kepada 1 peratus.

Buat masa ini, para pencarum CPF yang mempunyai akaun bagi pelaburan dana amanah di bawah CPFIS dikenakan bayaran sehingga 1.5 peratus setahun oleh para penasihat kewangan mereka.

Bayaran tersebut lazimnya dikenakan setiap bulan atau suku tahun dengan mencairkan sebahagian daripada pelaburan yang dibuat.

Sehingga Jun 2011, terdapat 100,000 akaun CPFIS yang dikenakan bayaran pengurusan melebihi 1 peratus.

Dalam kenyataannya semalam, Lembaga CPF berkata had bayaran yang dikenakan bertujuan membantu para pencarum mengurangkan kos melabur simpanan CPF mereka untuk jangka masa panjang.

'Ini adalah satu lagi langkah yang diambil Lembaga CPF sebagai sebahagian daripada usaha menurunkan secara progresif kos pelaburan dan mempertingkatkan mutu produk yang ditawarkan di bawah CPFIS sejak 2006,' ujar kenyataan CPF.

Sejak 2006, CPF telah mengambil beberapa langkah memastikan kos melabur kekal rendah serta meningkatkan mutu produk pelaburan yang ditawarkan di bawah CPFIS.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular