Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 29 Disember 2011

Hantu Kak Limah: Jika berterusan, menjejaskan kehidupan orang lain -Polis

Dalam gangguan terbaru malam kelmarin, Mazlan, berkata, ahli keluarganya tidak lena tidur, apabila lembaga misteri kelihatan seperti Hantu Kak Limah itu, terus mengganggu mereka.





MARANG – Polis meminta keluarga Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superinten-dan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah menyi­asat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekali gus dapat memastikan keadaan kembali seperti sedia kala. Kita bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Sementara itu, ketika me­ngunjungi Mazlan diberitahu, kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka.

Mazlan berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu, yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya per­kembangan berhubung gangguan dialami,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular