Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Disember 2011

Kontroversi: Persatuan Sepak takraw Malaysia !!




KUALA LUMPUR - PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu.

Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba ‘bermain kotor’.

Terbaharu, satu laporan tertutup yang diedarkan kepada semua wakil dalam mesyuarat Ahli Majlis PSM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah disalahgunakan.

Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) merangkap Ahli Majlis PSM, Syed Azmir Syed Ahmad tampil untuk membetulkan keadaan dan mengecam laporan yang disiarkan dalam sebuah media kelmarin.

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan akhbar kepada wartawan tersebut.

“Saya mengakui dengan penuh tanggungjawab bahawa saya memang ada menulis satu laporan berkaitan pencapaian skuad elit negara pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia lalu.

“Bagaimanapun, ia hanyalah satu laporan tertutup untuk semua wakil yang menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM baru-baru ini.

“Tujuan sebenar saya menulis laporan itu adalah untuk meminta semua wakil agar menggembeling dan terus berusaha gigih dalam melakukan perubahan serta penambahbaikan kepada pencapaian prestasi skuad negara pada masa depan,” kata Syed Azmir kepada wartawan semalam.

Syed Azmir berkata, beliau berasa amat kesal kerana ketika kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah memberikan taat setia kepada Presiden PSM untuk memartabatkan semula maruah sepak takraw negara di persada dunia, masih ada pihak yang berterusan mengambil kesempatan bagi memburukkan imejnya serta menggugat kredibiliti persatuan tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular