Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Disember 2011

Guru agama negeri Kelantan lawat tadika S'pura

Ustazah Siti Halimah Mohd Yusof (kanan) dari prasekolah Iman Kindergarten and Childcare sedang menerangkan kepada guru-guru agama daripada Pusat Asuhan Tunas Islam dari Kelantan tentang cara menggunakan lagu dalam mendidik kanak-kanak.



SINGAPURA - PENGGUNAAN teknologi ketika mengajar kanak-kanak dalam pendidikan Islam bukan saja dianggap sebagai alat tambahan, malah ia juga satu cara berkesan dalam mendidik golongan tersebut memahami agama.

Demikian antara pengalaman yang ditimba oleh guru-guru agama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dari Kelantan semasa mereka mengadakan lawatan ke pusat prasekolah Iman Kindergarten and Childcare di Tampines.

Ketua rombongan bagi Lawatan Ilmiah Pendidikan Tunas Islam (Singapura) itu, Ustaz Mohammad Azhar Abdullah, berkata beliau kagum melihat beberapa prasekolah di Singapura, seperti Iman Kindergarten and Childcare, mengajar pendidikan Islam kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.

'Tujuan utama saya datang ke sini ialah untuk melihat bagaimana mereka mengembangkan tunas-tunas Islam dalam sebuah negara yang bukan Islam.

'Saya datang dari sebuah negara yang ditadbir kerajaan Islam, jadi kalau ada pendidikan Islam itu memang biasa.

'Tetapi di sini saya lihat walaupun negara Singapura ini sekular, pendidikan agama tidak diabaikan.

'Metodologi yang digunakan untuk mengajar agama telah mendorong ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama di sini,' kata Ustaz Azhar.

Menurut mudirah Iman Kindergarten and Childcare, Ustazah Juriah Mohammad Mastor, lawatan para tamu dari Kelantan itu juga merupakan peluang kepada kededua pihak berkongsi pengalaman.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular