Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Disember 2011

RTB pelawa sumbang skrip drama





BANDAR SERI BEGAWAN - Radio Televisyen Brunei (RTB)di sepanjang Disember 2011 ini sekali lagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya para penulis tanahair bagi menyumbangkan skrip drama televisyen hasil tulisan mereka bagi siaran di televisyen saluran RTB pada 2012 nanti.

Terdapat dua kategori drama yang diinginkan oleh Unit Drama TV, RTB iaitu drama bersiri 30 minit sebanyak 13 episod dan drama 1 episod selama 60 minit.

Borang dan syarat penyertaan menulis skrip drama televisyen itu boleh didapati dan dihantar di/ke kaunter penyambut tetamu, RTB di keempat-empat daerah, Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

Penyertaan bagi menulis skrip drama televisyen itu akan ditutup pada hujung Disember 2011 ini.

Bagi sesiapa juga yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Unit Drama TV di talian 2384666 sambungan 4391 semasa waktu pejabat.

Adapun tujuan penyertaan menulis skrip drama televisyen itu dibukakan kepada orang ramai adalah bagi mencungkil bakat tempatan di dalam bidang penulisan skrip drama TV.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular