Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Disember 2010

Ibu saudara, dua beradik ghaib

NUR FAZHILLAH dan adiknya, Mohd, Fazil yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.


KUALA LUMPUR - Dua beradik berusia tiga dan empat tahun hilang bersama ibu saudara mereka selepas keluar bersiar-siar dari rumah mereka di Taman Sri Batu Caves, Gombak di sini pada Ahad lalu.

Sebelum hilang, wanita yang berusia 20-an dan berasal dari Aceh, Indonesia itu dikatakan telah meminta kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membawa dua beradik itu bersiar-siar.

Namun, sejak keluar pada petang Ahad lalu, dua beradik itu dan ibu saudara mereka tidak pulang.

Berikutan itu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu yang bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan polis yakin kedua-dua beradik, Nur Fazhillah, 4, manakala adik lelakinya, Mohd. Fazil, 3, itu masih bersama ibu saudara mereka.

"Wanita itu datang ke negara ini dan tinggal bersama keluarga kanak-kanak itu sejak lima bulan lalu.

"Wanita itu didakwa meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada ibu bapa pasangan adik-beradik tersebut," kata beliau ketika dihubungi semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular