Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Disember 2010

PDRM serah suspek militan Indonesia



KUALA LUMPUR:---- Proses membawa pulang seorang suspek militan Indonesia yang ditahan di negara ini ketika cuba menyeludup senjata api ke republik itu pada Oktober lepas sedang diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Fadzli Sadama, 27, yang ditahan di Johor ketika cuba menyeludup sejumlah senjata api dipercayai untuk kegunaan pengganas, kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kita setuju untuk membawa tangkapan dari Malaysia ke negaranya untuk tindakan selanjutnya. Ini hanya masalah teknikal sahaja, jangan jadikan ia sebagai satu isu," katanya kepada pemberita selepas menandatangi Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No.15 antara PDRM dan Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) di Bukit Aman hari ini.

Turut hadir Kepala Kepolisan Negara Republik Indonesia yang baru dilantik, Drs. Timur Pradopo.

Ismail berkata, suspek itu juga dipercayai terbabit dalam kes rompakan bersenjata sebuah bank antarabangsa di Medan, Sumatera membabitkan RM139 juta.

Fadzli yang ditahan berseorangan di negara ini juga dikatakan mempunyai rancangan untuk menyerang sebuah penjara di republik itu bagi membebaskan rakan baiknya, Toni Togar, perancang utama pengeboman Hotel JW Marriot di Jakarta, tujuh tahun lalu.

Ismail berkata, polis percaya pihak yang membantu dari segi pembiayaan dan perlindungan kepada anggota militan tidak sedar atau mengetahui aktiviti mereka. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular