Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Januari 2011

86 warga Brunei berlindung di Kedutaan





BANDAR SERI BEGAWAN:--- Seramai 86 warga negara Brunei terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Kaherah dan keluarga mereka serta dari Jordan yang datang melawat rakan mereka telah dipindahkan ke Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di sana bagi memudahkan pemantauan pergerakan satu sama lain serta demi keselamatan.

Seorang jurucakap Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah memberitahu Media Permata bahawa tempoh mereka berada di kedutaan adalah bergantung kepada keadaan.

"Alhamdulillah.. kami mahu memastikan kaum keluarga di Brunei bahawa kami di sini semuanya selamat," kata beliau ketika dihubungi malam ini.

Memandangkan semua pejabat, bank dan kedai-kedai ditutup kerana situasi yang tegang, pihak Kedutaan Besar Negara telah mengambil langkah memastikan bekalan makanan seperti beras dan telur mencukupi untuk beberapa hari akan datang disamping menyediakan berbagai keperluan lain seperti selimut dan bantal supaya warga Brunei yang berlindung di Kedutaan berada dalam keadaan selesa.

Pasukan keselamatan kedutaan turut ditempatkan di bangunan itu manakala pekerja lelaki kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga demi keselamatan penghuni di situ.

Menurut jurucakap itu lagi, suasana sebelah pagi sejak beberapa hari lalu agak tenang dengan kebanyakan aktiviti-aktiviti berlaku selepas solat Zohor dan semakin teruk menjelang malam, walaupun pihak tentera mengenakan perintah berkurung antara jam 6 petang hingga 7 pagi.

Katanya, walaupun tempat bantahan diadakan kira-kira 15 minit perjalanan dari Kedutaan Besar Negara yang terletak di Jalan Sri Lanka, Zamalek, keadaan di sekitarnya agak selamat kerana kehadiran ramai tentera memandangkan banyak pejabat kedutaan negara lain juga terletak di situ. Sesetengah jalan raya ditutup mulai jam 4.00 petang.

Sementara itu agensi berita asing melaporkan anggota-anggota tentera berkawal ketat di beberapa batang jalan raya di Kaherah pagi ini ketika para pembantah terus mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir yang masih hari ke enam hari ini.

Stesen televisyen Al-Jazeera memetik penganjur bantahan sebagai berkata, lebih ramai penunjuk perasaan mula berkumpul selepas solat Zohor untuk mendesak peletakan jawatan pemimpin-pemimpin utama politik termasuk Menteri Dalam Negeri dan Presiden Hosni Mubarak.

Menurut agensi berita Reuters, meskipun kehadiran ramai anggota tentera untuk berkawal, kira-kira 4,000 orang telah berkumpul di Medan Tahrir yang telah menjadi tempat perhimpunan bagi menyuarakan kemarahan terhadap kemiskinan, penindasan dan rasuah dalam di negara Arab yang paling ramai penduduk itu.

Sepanjang malam, penduduk-penduduk dari berbagai kawasan dari Suez hingga ke Kaherah berkumpul membentuk pasukan kawalan sendiri untuk mengawal kejiranan masing-masing daripada penjarah apabila pasukan polis berundur setelah bertempur dengan pembantah yang telah mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular