Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 31 Januari 2011

Persiapan upacara menaikkan Bendera Besar Negara bermula

Kelihatan khemah-khemah putih sudah dibangunkan di kawasan lapang Kompleks Yayasan berhadapan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien bagi Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Ke-27 Negara Brunei Darussalam, 2011.


BANDAR SERI BEGAWAN:--- Sebagaimana tahun-tahun sudah, sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam akan dimulakan dengan Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di ibu negara.

Persiapan sebelum upacara yang pada kebiasaannya diadakan pada Ahad, sekitar dua minggu sebelum tibanya tarikh penting "23 Februari" itu telah mula dapat dilihat dengan terbangunnya beberapa buah khemah berwarna putih berhampiran dengan "Tiang Bendera Besar" di kawasan lapang Kompleks Yayasan, berhadapan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien itu.

Sebagaimana kebiasaannya, upacara tersebut akan diteruskan dengan penyampaian bendera-bendera negara dan poster-poster terbitan Jabatan Penerangan kepada keempat-empat Pegawai Daerah di negara ini.

Dengan terkibarnya Bendera Besar itu nanti, akan bermulalah juga pengibaran Bendera Negara di peringkat daerah, mukim, kampung, kementerian, jabatan, sekolah, premis perniagaan dan juga di rumah-rumah kediaman rakyat dan penduduk negara ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular